Selasa, 9 Januari 2018

AKU MAHU BERTAUBAT. !


ridzuan : assalamualaikum aqil, apa khabar kau sekarang? lama dah kan  kita tak jumpaa. (*senyum kelat)

aqil : waalaikumusalam,(mengapa pula pucat si wan ni) ohh wan, alhamdulillah sihat. yaa wan.. hampir 7 tahun setelah peristiwa di kedai mamak dulukan..hahah..

ridzuan : kau masih ingat ye qil? aku mintak maaf ye sebab aku berkasar dengan kau.. dan...Allahuuu (*menangis teresak-esak)

aqil : ehh sudahlah wan, aku dah lupakan dah perkara tu.. benda dah lepaskan wan.. buat apa kita nak ingat lagi..

ridzuan : aku bersalah qil.. kalau aku dengar nasihat kau dulu..mesti aku tak jadi macam ni kan...hmm(*menunduk)

aqil hanya berdiam dan kehairanan melihat sahabat dihadapannya yang dahulu ceria kini..lemah dan tidak berdaya.

ridzuan : qil.... aku.....aaa....ermm...aku....

aqil : wan?? kenapa ni? kalau kau ada masalah ceritalah dengan aku.. mana tahu aku boleh tolong?... 

ridzuan : tak ada apa-apalah...

aqil : wan? boleh aku tanya kau sesuatu?

ridzuan : tanyalah qil persoalan apa yang ada di benak kau.. hahahah(* nada bergurau)

aqil : hahahha kau ni wan.. ada-ada jelah.. kenapa aku tengok kau lain sangat ehh? muka kau pucat sangat.. kau sakit ke? ke ada sesuatu yang mengganggu fikiran kau? sharelah dengan aku..aku tak sanggup nak tengok kau lemah macam ni..ridzuan yang aku kenal bukan macam ni..

ridzuan hanya menunduk dan termenung....

aqil : wan kau okey tak? 

ridzuan : qil, aku rasa dah terlalu lama aku tersangkut dibawa kasar oleh badai dosa. aku rasa kotor dan jijik dengan diri aku sendiri. masaku banyak terbuang dengan perkara yang membuat Allah murka.  aku bahkan langsung tak menghiraukan kedua ibu dan ayah aku..dunia aku, aku hiasi dengan perempuan, wang ringgit dan botol arak.. dosa aku ni takterhitung seperti pasir di kawasan gurun.. terlalu banyak.. sampaikan.. aku takut jika.. nanti bila aku mati Allah tidak akan ampunkan aku..aku sedar kekhilafan diri aku.. 

aqil : wan, allah tu maha pengampun wan, kau mohon lah pengampunan dari-Nya.. inshaAllah wan, kau berdoalah pada allah supaya dibukakan pintu taubat. jika benar kau benar-benar menyesali dosa-dosa yang telah engkau lakukan, buatlah solat taubat.. bersandarlah pada allah wan, aku aku akan tolong dimana termampu sahaja

rizduan : aku menyesal... aku benar-benar menyesal.. tolong aku qil.. pimpin aku qil.. 

aqil : inshaAllah wan.. aku akan bantu kau..aku akan buat sedaya upaya aku untuk menolong kau (*tersenyum seraya memeluk sahabatnya itu)

ridzuan dalam hati * aku mahu bertaubat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hidayah,,,allah akan salurkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.. 
walaupun hatinya seteguh tembok cina
walaupun egonya seluas lautan yang membiru
walaupun mulut berkata tidak namun hati sudah menerima..

jadilah kamu wahai sahabat seperti mana aqil didalam cerita tadi.. walaupun mulanya pernah 
dilakukan perkara tidak baik, namun,, ego tidak menghalangnya untuk membantu rakannya untuk bertatih menuju ke allah.

sebagai sahabat kita wajib menegur tidakk pun setidaknya mendoakanlah sahabat kita yang masih tersesat didunia yang kelam tanpa cahaya. 

@penulisjalanan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kerana kau sahabat.

DIA NURUL SYUHADA, YANG TINGGAL DI PERKAMPUNGAN DOSA AKHIRNYA DATANG SAHABAT YANG MENARIKNYA KEMBALI KE JALAN ALLAH. SALLY YANG DIANGGAPNYA...