Mungkin sahaja dulu aku jahil,
Mungkin sahaja dulu aku nakal,
Mungkin sahaja dulu hatiku keras seperti batu,
Imanku bak kertas melayang,
Dosaku meninggi bukit kinabalu
Mungkin sahaja dulu aku tidak mengenal cinta Allah
Aku lupa bahawa Dia pencipta Yang maha Esa
Aku alpa
Aku hanyut dibuai dosa
Hati kerasku tertutup untuk bertaubat
Kini aku bangkit
Menentang hawa nafsu
Meninggalkan dunia jahilku
Meninggalkan dunia kelamku
Meninggalkan dosa yang pernah aku lakukan .
Kini aku bertatih menuju me syurga Allah
Langkah demi langkah aku mengorak untuk mendapatkan redha Allah
Mencari nur hidayahnya
Menguburkan dosa dengan taubatku.
Allah aku ingin bertaubat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan