Selasa, 9 Januari 2018

SAYANG MURAHAN .

sayang murahan.. apa itu sayang murahan??

sayang murahan itu apabila kau mengutip secebis kasih dari seseorang yang bergelar ajnabi.
sedangkan ada keluarga yang memberi sepenuhnya kasih sayang..
ada ALLAH yang amat mencintai hambanya..
tapi masih tak cukup..
sebab apa??

nafsu menguasai diri
bila hati berbelah bagi
batas pergaulan tidak dijaga..
maka tercetus fenomena ' couple'

tak kurangnya juga kepada si dia kata alim sangat keluaran dari pondok / madrasah / tahfiz.. 
fuhh lagi hebat. ayat lagi padu..
ikhtilat diketepi.
pergaulan antara ajnabi makin galak.
dari sinilah lahir perkataan 'couple islamik'
couple islamik?? hahaha 

gais please jangan gunakan agama untuk memikat 

konon masing kuat agama ..
cinta sampai nikah..
saling mengigati tentang hal akhirat / solat 

gais aku nak tanye.. 
kawan korang yang lain memang takde yang memerlukan bantuan tu semua ke???
kalau ye pun ilmu dah berkepuk kat dada,, cubalah korang share ilmu yang ada untuk orang lain..

kalau betul niat korang nak menyampaikan ilmu sekalipun takpayah couple pun boleh kut....
jagalah ikhtilat jaga pandangan
yang penting jaga hati sekali.. cukuplah cinta paling agung iaitu ALLAH .. 
cinta lain tolak tepi dulu.. nanti cinta lain allah bantu.. 

jangan risaulah.. allah telah menciptakan kita ni berpasang-pasangan.. 
tunggu jelah jodoh dari allah..
takpayah gatal nak cari sendiri..
kadang-kadang jodoh yang korang cari sendiri tu bukan korang punya tapi tengah jaga jodoh orang lain..
jangan sampai menimbulkan fitnah yee..

haura juga jangan lah disebabkan cinta diri korang musnah
maruah korang tercemar..
jaga diri jaga kehormatan jaga maruah
jangan kalah dengan kata-kata dusta ajnabi..
qowiyyyyy hati

@penulisjalanan

AKU MAHU BERTAUBAT. !


ridzuan : assalamualaikum aqil, apa khabar kau sekarang? lama dah kan  kita tak jumpaa. (*senyum kelat)

aqil : waalaikumusalam,(mengapa pula pucat si wan ni) ohh wan, alhamdulillah sihat. yaa wan.. hampir 7 tahun setelah peristiwa di kedai mamak dulukan..hahah..

ridzuan : kau masih ingat ye qil? aku mintak maaf ye sebab aku berkasar dengan kau.. dan...Allahuuu (*menangis teresak-esak)

aqil : ehh sudahlah wan, aku dah lupakan dah perkara tu.. benda dah lepaskan wan.. buat apa kita nak ingat lagi..

ridzuan : aku bersalah qil.. kalau aku dengar nasihat kau dulu..mesti aku tak jadi macam ni kan...hmm(*menunduk)

aqil hanya berdiam dan kehairanan melihat sahabat dihadapannya yang dahulu ceria kini..lemah dan tidak berdaya.

ridzuan : qil.... aku.....aaa....ermm...aku....

aqil : wan?? kenapa ni? kalau kau ada masalah ceritalah dengan aku.. mana tahu aku boleh tolong?... 

ridzuan : tak ada apa-apalah...

aqil : wan? boleh aku tanya kau sesuatu?

ridzuan : tanyalah qil persoalan apa yang ada di benak kau.. hahahah(* nada bergurau)

aqil : hahahha kau ni wan.. ada-ada jelah.. kenapa aku tengok kau lain sangat ehh? muka kau pucat sangat.. kau sakit ke? ke ada sesuatu yang mengganggu fikiran kau? sharelah dengan aku..aku tak sanggup nak tengok kau lemah macam ni..ridzuan yang aku kenal bukan macam ni..

ridzuan hanya menunduk dan termenung....

aqil : wan kau okey tak? 

ridzuan : qil, aku rasa dah terlalu lama aku tersangkut dibawa kasar oleh badai dosa. aku rasa kotor dan jijik dengan diri aku sendiri. masaku banyak terbuang dengan perkara yang membuat Allah murka.  aku bahkan langsung tak menghiraukan kedua ibu dan ayah aku..dunia aku, aku hiasi dengan perempuan, wang ringgit dan botol arak.. dosa aku ni takterhitung seperti pasir di kawasan gurun.. terlalu banyak.. sampaikan.. aku takut jika.. nanti bila aku mati Allah tidak akan ampunkan aku..aku sedar kekhilafan diri aku.. 

aqil : wan, allah tu maha pengampun wan, kau mohon lah pengampunan dari-Nya.. inshaAllah wan, kau berdoalah pada allah supaya dibukakan pintu taubat. jika benar kau benar-benar menyesali dosa-dosa yang telah engkau lakukan, buatlah solat taubat.. bersandarlah pada allah wan, aku aku akan tolong dimana termampu sahaja

rizduan : aku menyesal... aku benar-benar menyesal.. tolong aku qil.. pimpin aku qil.. 

aqil : inshaAllah wan.. aku akan bantu kau..aku akan buat sedaya upaya aku untuk menolong kau (*tersenyum seraya memeluk sahabatnya itu)

ridzuan dalam hati * aku mahu bertaubat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hidayah,,,allah akan salurkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.. 
walaupun hatinya seteguh tembok cina
walaupun egonya seluas lautan yang membiru
walaupun mulut berkata tidak namun hati sudah menerima..

jadilah kamu wahai sahabat seperti mana aqil didalam cerita tadi.. walaupun mulanya pernah 
dilakukan perkara tidak baik, namun,, ego tidak menghalangnya untuk membantu rakannya untuk bertatih menuju ke allah.

sebagai sahabat kita wajib menegur tidakk pun setidaknya mendoakanlah sahabat kita yang masih tersesat didunia yang kelam tanpa cahaya. 

@penulisjalanan



Sabtu, 6 Januari 2018

Taubat si pendosa

"Man, kalau lah aku dapat cuci hati aku ni guna clorox, kan bagus betul tak Man..."
"Paan, takperlulah kau buat begitu.. Cucilah dan bersihkanlah hati kau dengan taubat nasuha..Allah sangat gembira apabila ada hambanya yang bertaubat pada-Nya..."
"Tapi man.. Dosa aku terlalu banyak..bolehkah Allah mengampunkan dosa aku yang terlalu banyak ni..."
"Paan, sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha penerima taubat.."
Sahabat sekalian.. Banyak manapun dosa anda lakukan.. Berat macam mana sekali pun.. Hanya dengan taubat akan dapat membersihkan hati kalian..
Bersungguh-sungguh dalam bertaubat..
Sesal akan semua dosa..
Meminta maaf pada semua orang yang telah kamu sakiti..
Allah takpernah bosan untuk memaafkan hambanya...
Cuma kita !!!!
Yaa !!!  Hanya kita yang mudah bosan dengan meminta taubat dari Allah !!
Kenapa????!!!!!
Kenapa mudah mengalah !!!!!!
Sahabat !!!! Pintu taubat sedang terbuka luas.. Jangan sesekali kau melepaskan peluang.
Manis jika dicintai Allah dan mencintai Allah❤
@penulisJalanan

kerana kau sahabat.

DIA NURUL SYUHADA, YANG TINGGAL DI PERKAMPUNGAN DOSA AKHIRNYA DATANG SAHABAT YANG MENARIKNYA KEMBALI KE JALAN ALLAH. SALLY YANG DIANGGAPNYA...