- ayah -
Masih ada namun, tidak mahu bersua muka.
orang selalu kata, cinta pertama untuk perempuan adalah ayah mereka. Tapi, bagi aku, itu semua cerita dongeng. Aku sudah ditinggalkan oleh ayah aku sendiri sejak dari lahir. Tidak pernah sekalipun ayah mencari aku, apatah lagi mahu bertanggungjawab atas diriku.
Tahun ini umurku sudah berganjak ke 25 tahun. Setiap tahun aku berharap untuk ayah mencari aku semula, dari zaman sekolah rendah, ke sekolah menengah, sehingga aku tamatkan pelajaran di kolej. Insan bernama ayah masih belum ku temui.
Ayah memang tak nak aku ?
ayah benci aku ?
ayah menyesal kerana aku lahir kedunia ?
ayah ada perempuan lain ?
Banyak lagi persoalan yang masih belum terjawab.. kenapa ayah pergi? kenapa ayah tak datang?
Tahun 2000 di hospital teluk intan.
ayah ada datang, namun hanya sekadar berdiri di kaunter pertanyaan.
kenapa bukan ayah yang masuk ? kenapa bukan ayah yang pegang aku ? ayah jijik dengan aku ? kenapa bukan ayah yang bagi nama ? kenapa bukan ayah yang jaga ?
sampaikan misi pun tersilap orang, dia kira pakcik yang menguruskan aku itu adalah ayah aku.. dah tak pasal pasal kena marah.. kasihan kan?
Ya mereka bagitahu aku, ayah bukan orang baik, kalau dia baik, dia takkan tinggalkan keluarga dia.
tapi...
tanpa ayah, aku juga tidak akan ada kan ?
aku tak mahu, kerana aku, ayah akan menanggung dosa kerana tidak bertanggungjawab. Sejujurnya, aku masih tetap menunggu ayah. walau bertahun, aku akan tetap menunggu.
yang aku mahukan adalah jawapan.
kalau memang ayah tidak mahu menerima kewujudan aku, aku redha.
aku cuma mahu melihat wajah ayah walau sekali untuk seumur hidupku dan aku mahukan jawapan atas alasan apa ayah pergi dari hospital walaupun ayah tahu emak sudah selamat melahirkan aku.
semoga ada keajaibannya. semoga doa doa ku akan terjawab.
Semoga ayah sentiasa dibawah lindungan Allah, diampunkan segala dosa dosanya dan semoga aku akan bertemu dengan ayah suatu hari nanti, atas izin Allah. inshaAllah.