DIRUMAH
AMIRUL MUKMININ : MAR, KITA KENA JANJI TAU KITA KAWAN SAMPAI BILA-BILA.
AMAR HAZWAN : YEEE JANJI. SEMOGA UKHUWAH YANG TERJALIN SENTIASA DIBERKATI ALLAH. DAN SEMOGA PERSAHABATAN INI AKAN BERKEKALAN SAMPAI LAH TUA. SEBAB AKU TAK SABAR NAK TENGOK MUKA KAU TAKDE GIGI
AMIRUL MUKMININ : BAPAK MELEBIHH. ( MENUNJUKKAN MUKA MARAHNYA )
AMAR HAZWAN : LAHH AKU GURAU JELAH..HAHAHA TU PUN NAK MARAH..
AMIRUL DAN AMAR BERKAWAN SEJAK KECIL. MEREKA DIIBARATKAN SEPERTI ISI DAN KUKU KERANA TIDAK PERNAH BERENGGANG. SENTIASA ADA AMAR KETIKA AMIRUL DALAM KESUSAHAN. TIDAK AKAN DIBENARKAN SAHABATNYA ITU SUSAH ATAU DIBULI OLEH ORANG LAIN. PASTINYA AMAR AKAN BERANG. SEKALIPUN TIDAK AMAR AKAN BIARKAN SAHABATNYA TERSAKITI. MESKIPUN DIRINYA SERING DISAKITI.
DIKAMPUNG
MENYAMBUT AIDILFITRI
AMIRUL MUKMININ : MAR CEPATLAH ORANG NAK PERGI SEMBAHYANG RAYA NI HADOIIIIII LAMBAT BETUL MACAM PEREMPUAN.. CEPATLAH MARRRR OIIIIII.. NANTI KITA KENA TINGGAL DENGAN PAKLONG.
AMAR HAZWAN : ADUHH TAK SABAR BETUL BUDAK SORANG NI.. YELAH-YELAH AKU DATANGLAH NI..
USAI SEMBAHYANG RAYA
AMAR HAZWAN : AM, AKU NAK MINTAK MAAF DEKAT KAU NI.. KALAU-KALAU AKU ADE BANYAK SALAH KAT KAU.. MANA TAHU NI RAYA YANG LAST AKU DENGAN KAU.. KAU MAAFKAN SALAH DAN SILAP AKU YER??
AMIRUL MUKMININ : HAAAA ELOK MINTAK MAAF. KAU MEMANG BANYAK SALAH DENGAN AKU.. HAHAHA TAKLAH TIPU JER. YELAH AKU MAAFKAN KAU.. DAHLAH PERUT AKU DAH GERONCONG NAK MAKAN RENDANG CIK MUNTI MASAK. GILAA KAU TAK MAKAN RUGIIIIII ~~ AKU NAK MAKAN SEPULUH PINGGAN.
AMAR HAZWAN : HAHAHAHA HAAA ELOK LAH SANGAT MAKAN LAH SAMPAI PERUT MELETOP. TAPI INGAT NANTI KITA NAK GI BERAYA RUMAH SEDARA MARA. TAKUT NANTI SAKIT PERUT.
AMIRUL MUKMININ: ALAHHHH MENYIBUK JEE PERUT AKU SUKA HATI AKU LAHH. JAGA PERUT MASING-MASING SUDAH..
AMAR HAZWAN : YELA-YELAA AKU NASIHATKAN JEE. ISHH KAU NI DEGIL BETUL
SEPERTI BIASANYA, AMIRUL AGAK PAYAH MAHU MENERIMA NASIHAT DARI AMAR. DIA TETAP DENGAN EGONYA YANG TINGGI. NAMUN AMAR TIDAK PERNAH TERASA, DIA HANYA IYA KAN SAHAJA SEMUA KATA-KATA SAHABATNYA ITU. SETELAH LAMANYA MEREKA BERTEMAN, AMIRUL SUDAH MULAI MUAK DENGAN PERANGAI AMAR YANG SERING MEMINJAM BARANGNYA DAN SERING KETIADAAN DUIT.
AMAR HAZWAN : AM, KALAU KAU RASA AKU NI BANYAK MENYUSAHKAN KAU CAKAP LAA AM.. TAKPE AKU FAHAM.. TAPI KAU JANGAN LAA TARIK MUKA DENGAN AKU.. AKU BUKAN SENGAJA NAK MENYUSAHKAN KAU.. TAPI KAU TAHUKAN HIDUP AKU SUSAH.. ADIK BERADIK AKU RAMAI AM.. AYAH AKU SAKIT.. MAK AKU SORANG JE KERJA.. AKU ANAK SULUNG.. TANGGUNGJAWAB AKU BERAT.. TAKPE WEHH.. KALAU KAU TAKANAK BAGI AKU PINJAM BARANG KAU AKU TAK KESAH.. NANTI AKU GANTI BALIK YEE? TAPI KAU JANGAN LAA MACAM NI..
AMIRUL MUKMININ : DAH HABIS CAKAP ? ( TERUS BERLALU PERGI )
AMAR HAZWAN : AM.........KENAPA.....AM.......SAMPAI BEGINI SEKALI MARAH KAU PADA AKU... ( MENUNDUK DAN MENANGIS )
SELANG BEBERAPA MINGGU, AMIRUL MASIH TETAP DENGAN EGONYA. BENCINYA TERHADAP AMAR SEMAKIN LAMA SEMAKIN MEMBARA. NAMUN TIDAK BAGI AMAR, DIA SERING SAHAJA MENGALAH.. DENGAN DUGAAN YANG DITERIMANYA, DIA REDHA..JAUH DISUDUT HATINYA, RINDU BENAR DIA MAHU BERGURAU DENGAN SAHABATNYA, RINDU MAHU BERGELAK KETAWA, RINDU MAHU KELUAR BERSAMA. SEMUANYA !!! YA SEMUA !!! DIA RINDU AKAN SUASANA GEMBIRA ITU.
LAMA-KELAMAAN, AMAR MULAI MENUNJUKKAN PERANGAI ANEHNYA..DIA BERUBAH DARI SEORANG YANG CERIA KEPADA PENDIAM. DIA TIDAK LAGI BERSAMA TELEPHONE PINTARNYA. DIA SERING MERENUNG KE LUAR TINGKAP DENGAN MUKA YANG PUCAT DAN TIDAK BERMAYA. SUDAH BEBERAPA HARI AMAR TIDAK LALU MAKAN. DIA AKAN MEMUNTAHKAN BALIK SEMUA MAKANAN YANG DIMAKANNYA. AMIRUL PERASAN DENGAN PERUBAHAN AMAR, LALU DIA SEGERA MENELEFON KELUARGA AMAR UNTUK MENGAMBILNYA DI RUMAH SEWA.
SAAT-SAAT DIA MAHU DIBAWA PULANG..
AMAR HAZWAN : IBU AYAH MAR TAKNAK BALIK..MAR NAK DUDUK SINI LAGI
IBU AMAR : NAK, KITA BALIK DULU YA, KITA PERGI BERUBAT.. NANTI AMAR DAH SIHAT IBU DENGAN AYAH HANTAR MAR KEMARI..
AMIRUL MUKMININ : MAR TAKPE, KAU BALIKLAH DULU, NANTI AKU SENDIRI JEMPUT KAU DI KAMPUNG.. NANTI KITA JALAN-JALAN LAGI YE MAR ?
AMAR HAZWAN : ( SAMBIL MENGGENGAM TANGAN AMIRUL ) JANJI EH?
AMIRUL MUKMININ : YEE AKU JANJI..
AMAR MENITISKAN AIR MATANYA. DIA SEBENARNYA TIDAK MAHU PULANG KE KAMPUNG. DIA TETAP MAHU TINGGAL DI RUMAH SEWA ITU BIARPUN DIA SAKIT.
PADA MALAM ITU, SEDANG AMIRUL DIRUMAH BERMAIN TELEFON PINTAR.
IBU AMAR : ( SAMBIL MENANGIS ) ASSALAMUALAIKUM AMIRUL..
AMIRUL MUKMININ : WAALAIKUMUSALAM MAKCIK, KENAPA NI MAKCIK? ADA APA-APA YANG BERLAKU KE?
IBU AMAR : A...AMAR DAH MENINGGAL PUKUL 10 MALAM TADI..MAYAT DIA AKAN DIKEBUMIKAN ESOK.. KALAU TAK KEBERATAN DATANGLAH LAWAT ARWAH BUAT KALI TERAKHIR.
AMIRUL MUKMININ : YA ALLAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
MALAM ITU, AMIRUL BAGAIKAN DITEMBAK. DIA JATUH TERSUNGKUR, DIA LEMAH, KAKU. KAKINYA BAGAIKAN TIDAK MAMPU BERDIRI. HANTINYA HANCUR BENAR-BENAR HANCUR.EGONYA YANG BAGAIKAN TEMBOK CHINA HANCUR APABILA MENDENGAR BERITA ITU. LANTAS DIA SEGERA PULANG UNTUK MENDAPATKAN SAHABATNYA. DIA BENAR-BENAR MENYESAL ATAS PERBUATANNYA PADA AMAR.
SESAMPAI DI RUMAH AMAR HAZWAN
AMIRUL MUKMININ : ASSALAMUALAIKUM
KELUARGA AMAR HAZWAN : WAALAIKUMUSALAM.. AMIRUL MASUKLAH..
AMIRUL MELURU MENDAPATKAN SAHABATNYA.. DIA MENANGIS SEMAHU-MAHUNYA.. DIA MENYESAL ! SUNGGUH DIA MENYESAL ! TIDAK DAPAT LAGI DIBENDUNG AIR MATANYA DARI JATUH MEMBASAHI BUMI. MENANGISLAH AIR MATA DARAH SEKALIPUN TIDAK AKAN DAPAT MENGEMBALIKAN SEMULA ARWAH AMIRUL..
IBU AMAR HAZWAN : SABAR AMIRUL, SABAR.. TAK ELOK MENANGIS MACAM NI DEPAN ARWAH..
AMIRUL MUKMININ : MAKCIK, SAYA BANYAK SALAH DENGAN AMAR MAKCIK.. MAKCIK SAYA NAK TEBUS SEMUA SALAH SAYA PADA DIA MAKCIK.. YA ALLAH, BERDOSANYA AKU..
IBU AMAR HAZWAN : YAA NAK, MAKCIK FAHAM.. AMAR DAH CERITAKAN SEGALANYA PADA MAKCIK.. TAKPALAH NAK.. DIA SUDAH MAAFKAN SETIAP APA SALAH KAMU PADA DIA.. DIA SIKITPUN TIDAK BERDENDAM PADAMU.. MALAH DIA KATA..DIA BERTERIMA KASIH DIATAS PERTOLONGAN MU SELAMA INI.. SUDAH LAH..SETIAP YANG HIDUP PASTI MERASAI MATI.. ALLAH LEBIH MENYAYANGINYA.. BIARLAH DIA PERGI DENGAN TENANG YA NAK? ( SAMBIL MENYEKA AIR MATANYA )
AMIRUL SEDAR BANYAK SALAHNYA PADA AMAR. LANTAS DIA MENULISKAN SURAT BUAT AMAR HAZWAN.
" BUAT SAHABATKU YANG TERSAYANG,
AKU MINTA MAAF DEKAT KAU ATAS SEMUA YANG TELAH AKU LAKUKAN. RINDUNYA AKU PADA KAU. SAHABAT TERIMA KASIH KERANA MENJADI SESEORANG YANG ISTIMEWA YANG PERNAH HADIR DALAM HIDUP AKU. TIDAK AKAN ADA SIAPA YANG MAMPU MENGGANTIKAN TEMPAT KAU DAN TIDAK ADA LAGI ORANG YANG SEBAIK KAU. HANYA KAU SAHABAT TERBAIK AKU PERNAH ADA. WALAUPUN AKU PERNAH BERKASAR , PERNAH MARAH DAN HERDIK KAU, NAMUN SEDIKIT PUN TIDAK KAU MEMBALASNYA, MALAHAN KAU TERSENYUM UNTUK SEMUA KATA-KATA YANG PERNAH AKU LONTARKAN. SAHABAT, MAAFKAN LAH DIRI INI KERANA SERING MENYAKITIMU. MAAFKAN DIRI INI KERANA TIDAK ADA WAKTU KAU SEDANG SUSAH. JIKA WAKTU BISA BERPUTAR KEMBALI... AKU TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN SAHABAT SEPERTI MU.. PEMERGIAN KAU MEMBAWA IMPAK BESAR DALAM HIDUP AKU.. JIKA DULU AKU KURANG MEMBERI PERHATIAN PADAMU, NAMUN AKU BERJANJI UNTUK SENTIASA MEMBUAT BAIK PADA SAHABAT KU YANG BAHARU. DAN AKU TIDAK AKAN BENARKAN PERKARA YANG SAMA BERULANG KEMBALI. SAHABAT.. DMAILAH KAU DISANA.. AKU DISINI TETAP AKAN MERINDUIMU UNTUK SEUMUR HIDUP. AKU BERJANJI TIDAK AKAN MENYAKITI HATI DAN PERSAAN SAHABAT KU YANG LAIN SEPERTI MANA KAU PERNAH LAKUKAN PADAKU. ITU JANJI AKU.
YANG SENTIASA MERINDUIMU,
AMIRUL MUKMININ.
MUNGKIN TIDAK AKAN ADA YANG MAMPU MENGGANTIKAN AMAR HAZWAN, NAMUN AMIRUL MUKMIN BERJANJI SENTIASA AKAN BUAT YANG TERBAIK BUAT SAHABATNYA YANG BAHARU, DIA TIDAK AKAN BIARKAN PERKARA SAMA BERLAKU. HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN ITU KERANA MUNGKIN KITA TIDAK AKAN BERJUMPA SAHABAT YANG BAIK SEPERTINYA.
CERPEN INI DITUJUKAN BUAT ARWAH SITI SUZANA BINTI MAHAT. SAHABATKU, AKU DISINI PERIT MENANGGUNG RINDU. AKU RINDUKAN SETIAP APA YANG PERNAH KITA LAKUKAN BERSAMA. MEMORI INDAH ITU AKU AKAN PAHATKAN DILUBUK HATI AKU YANG PALING DALAM. TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG PERNAH KAU BERIKAN. TIDAK AKAN DAPAT AKU LUPAKAN SEMUANYA. KAULAH TEMAN KAULAH SAHABAT. KITA AKAN TETAP MENJADI SAHABAT BIARPUN KAU TIDAK LGI DIHADAPAN AKU. BIARPUN JASADMU TIDAK DISINI. TETAPI MEMORI KITA MEMBUATKAN AKU SENTIASA RASA KAU ADA DEKAT DISAMPINGKU. LOVE ; YAYA.
SEPATUTNYA CERPEN INI DITERBITKAN PADA 30/04 BERSAMAAN DENGAN HARJADI SITI SUZANA, NAMUN IANYA TERLEWAT ATAS BEBERAPA FAKTOR.
TERUSKAN MENYOKONG PENULIS JALANAN
LOVE,
PENULIS JALANAN