Ahad, 17 Disember 2017

Sombongkah kita?

Sombongnya kita...

5 Kali sehari kita sering tinggalkan.
Untuk mengejar dunia.
Tega mengetepikan suruhan Allah untuk dunia😔.

Semasa susah, kita cari allah
Kita mengadu pada allah.
Senantiasa sujud pada allah untuk meminta pertolongan.

Akan tetapi,

Bila senang mudahnya kita melupakan suruhan allah.
Dipandang sepi akan tikar sejadah.
Kita kembali Angkuh!
Bongkak!
Sombong!

Kerana apa?
Kita sudah berjaya?
Sudah senang?
Sudah kayaaaa???!!!!

Ingatlah teman, hidup tak selalu indah
Kadang kita di atas kadang kita dibawah.

Jika hari ini engkau meninggalkan allah, pasti akan lebih sakit jika tiada cahaya menerangi hati mu.

Sakit apa?
Sakitnya sendirian walaupun dalam dunia nyata ramai teman.
Rasa kosong tanpa iman.
Rasa gelap dan kelam tanpa cahaya.
Rasa kegelisahan diatas dosa yang dilakukan.

Teman,
Ingatlah pesanan ini.
Jangan hanya cari allah ketika kau sedang susah.
Tapi senantiasalah berdoa, sujud padanya tika kau dalam kesenangan.

Kerana, Dia (allah) yang telah memberikanmu rezeki.

Oleh itu tiada asbab untuk kita simbong dengan allah.

Tepuk dada tanya iman.

Jumaat, 15 Disember 2017

Permata terindah

Ibu,  permata terindah buatku.

Dialah peneman,
Hero,
Ratu,
Dialah segalanya.

Dia melahirkan,
Membesarkan,
Menjaga,

Sakit dia,
Luka dia kerana kita.
Dipendam.

Tabahnya hati seorang ibu,
Cekalnya dia merawat, menjaga, membesarkan.

Apakah balasan kita untuk ibu?
Sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab?
Sudahkah kita membuat ibu bahagia?

Menangis dalam tawa.
Dialah ibu.
Sanggup menyakiti dirinya demi membuat putera/puterinya bahagia.

Syurgaku.
Ibu ku
Permata hatiku

Terima kasih untuk usaha kerasmu yang telah membesarkan ku. Maaf andai anakmu banyak membuat hati mu terluka.

By penulisjalanan

Ahad, 10 Disember 2017

Bidadari dunia

Sayangku haura,
Jagalah auratmu
Tutuplah ia dari pandangan ajnabi
Peliharalah ia sepertimana kamu memelihara dirimu dn kehormatanmu

Haura sayang,
Tidakkah kau merasa kasihan pada ayahmu?
Kerana menanggung dosamu... Yang tidak menutup aurat.

Haura sayang,
Tidak mengapa panas didunia seketika.
Jangan panas di akhirag selamanya.
Panas. Terbakar. Dibakar.
Allahu..
Sayang, masih belum terlambat andai kata mahu berubah. Inshaallah, jika kau bertaubat allah akan menerima taubatm.

Selasa, 5 Disember 2017

Islam pada ic? Atau islam di jiwa?

Islam? 

Yakin kau islam?

Islam benar di jiwa atau islam hanya pada sekeping ic?

Islam. 

Solat kau tangguh!
Itupun kadang solat kadang tidak!

Puasa kau tinggal! 

Apatah lagi alquran! Langsung tidak dipandang!.

Kau biarkan debu menyeliputi alquran sepertimana dosa menyeliputi hatikau.

Sungguh kau tega meninggalkan Allah
Sungguh kau tega meninggalkan suruhan Allah

Ingatlah bahawa.  Kuasa Allah itu besar
Kau akan menyesal atas dosa kau lakukan. 

Bertaubat sebelum terlambat

@penulisJalanan

Jahilliah to jannahh

Mungkin sahaja dulu aku jahil,
Mungkin sahaja dulu aku nakal,
Mungkin sahaja dulu hatiku keras seperti batu,
Imanku bak kertas melayang,
Dosaku meninggi bukit kinabalu

Mungkin sahaja dulu aku tidak mengenal cinta Allah
Aku lupa bahawa Dia pencipta Yang maha Esa

Aku alpa
Aku hanyut dibuai dosa
Hati kerasku tertutup untuk bertaubat

Kini aku bangkit
Menentang hawa nafsu
Meninggalkan dunia jahilku
Meninggalkan dunia kelamku
Meninggalkan dosa yang pernah aku lakukan .

Kini aku bertatih menuju me syurga Allah
Langkah demi langkah aku mengorak untuk mendapatkan redha Allah
Mencari nur hidayahnya
Menguburkan dosa dengan taubatku.

Allah aku ingin bertaubat

kerana kau sahabat.

DIA NURUL SYUHADA, YANG TINGGAL DI PERKAMPUNGAN DOSA AKHIRNYA DATANG SAHABAT YANG MENARIKNYA KEMBALI KE JALAN ALLAH. SALLY YANG DIANGGAPNYA...